Mulanya Allah menciptakan langit dan bumi.Bumi tidak berbentuk dan kosong; kegelapan menyelubungi permukaan samudera, dan Roh Allah melayang-layang di atas permukaan air.
Berfirmanlah Allah, “Jadilah cahaya.” Lalu terus ada cahaya.Allah melihat cahaya itu baik, lalu Dia memisahkan cahaya itu daripada kegelapan.Allah menamai cahaya itu siang, dan kegelapan itu dinamai-Nya malam. Maka turut jadilah petang dan juga pagi, itulah satu hari, dan yang pertama.Berfirmanlah Allah, “Jadilah cakerawala di tengah-tengah segala air itu untuk memisahkan air daripada air.” Maka Allah menjadikan cakerawala lantas memisahkan air yang ada di bawah cakerawala daripada air yang ada di atasnya. Maka terjadilah sedemikian itu. Lalu Allah menamai cakerawala itu langit. Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang kedua. Berfirmanlah Allah, “Mengalir dan berkumpullah kesemua air yang di bawah langit di satu tempat, sehingga kelihatan tanah yang kering.” Maka terjadilah sedemikian itu. Lalu Allah menamai bahagian yang kering itu darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Allah melihat semua itu baik.
Berfirmanlah Allah, “Hendaklah tanah menumbuhkan pelbagai tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya jenisnya membiak dan terus bertumbuh di bumi.” Maka terjadilah sedemikian itu.
Maka tanah pun menumbuhkan pelbagai tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji. Dan Allah melihat semua itu baik.
Maka tanah pun menumbuhkan pelbagai tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pokok buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji. Dan Allah melihat semua itu baik.
Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang ketiga.
Berfirmanlah Allah, “Jadilah penerang-penerang mengisi cakerawala untuk memisahkan siang daripada malam dan jadilah tanda-tanda yang menunjukkan pelbagai musim dan hari serta tahun, dan jadilah penerang-penerang di cakerawala demi menerangi bumi.” Maka terjadilah sedemikian itu. Maka Allah menjadikan dua penerang besar, dengan penerang lebih besar menguasai siang dan yang lebih kecil menguasai malam. Allah juga menjadikan bintang-bintang.
dan untuk menguasai siang dan malam, dan juga untuk memisahkan cahaya daripada kegelapan. Dan Allah melihat bahawa semua itu baik. Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang keempat. Berfirmanlah Allah, “Hendaklah berkeriapan makhluk yang hidup di dalam air, dan hendaklah burung-burung berterbangan di ruang cakerawala di atas bumi.”

Maka Allah menciptakan pelbagai binatang laut yang besar dan segala jenis hidupan yang bergerak, yang berkeriapan di dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap, dan Allah melihat semua itu baik. Lantas Allah memberkati kesemuanya sambil berfirman, “Berkembang biaklah dan penuhilah air di dalam laut, dan hendaklah bertambah banyak burung di bumi.”
Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang kelima. Berfirmanlah Allah, “Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternakan dan binatang melata serta segala jenis binatang liar.” Maka terjadilah sedemikian itu.
Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternakan dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Dan Allah melihat semua itu baik. Berfirmanlah Allah, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita. Mereka akan berkuasa atas ikan-ikan di laut dan atas burung-burung di udara dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas segala jenis binatang melata yang merayap di muka bumi.” Maka Allah menciptakan manusia menurut gambaran-Nya. Menurut gambaran Allah, Dia mencipta mereka, lelaki dan perempuan.
Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka, “Beranakcuculah dan bertambah banyak serta penuhilah dan takluki bumi, berkewenangan atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala makhluk hidup yang berkeliaran dan yang bergerak di muka bumi.” Berfirmanlah Allah, “Lihatlah, Aku memberimu segala tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pokok buah-buahan yang berbiji; itulah akan menjadi makananmu.
Dan kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuhan hijau sebagai makanannya.” Maka terjadilah sedemikian itu. Maka Allah melihat segala yang Dia jadikan itu, dan kesemuanya sungguh baik. Malam muncul lagi dan disusuli pagi, dan itulah hari yang keenam.
Demikianlah diselesaikan penciptaan langit dan bumi serta segala isinya.
Setelah Allah siap menyelesaikan kerja penciptaan-Nya pada hari ketujuh itu, Dia pun beristirahat daripada segala pekerjaan yang telah dibuat-Nya itu.
Lalu Allah memberkati hari ketujuh itu dan menguduskannya, kerana pada hari itulah Dia beristirahat daripada segala kerja penciptaan yang telah dibuat-Nya itu.
Demikianlah riwayat langit dan bumi ketika diciptakan. Pada masa TUHAN Allah menjadikan bumi dan langit belum ada rumpun semak dan belukar apa-apa pun di bumi, belum muncul tumbuh-tumbuhan apa-apa pun di padang, kerana TUHAN Allah, belum menurunkan hujan ke bumi, dan belum ada orang yang mengusahakan tanah itu,

tetapi dari bumi ada kabus yang naik ke atas lantas membasahi seluruh permukaan bumi.
Ketika itulah TUHAN Allah membentuk manusia daripada debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya lalu manusia menjadi makhluk yang hidup.
No comments:
Post a Comment