TAMAN TERGANTUNG BABYLON

Hari ini saya ingin mengulas lagi tentang keajaiban dunia iaitu tentang  Taman Tergantung  Babylon.Saya yakin anda semua ingin mengetahui  tentang keajaiban taman ini kerana ramai pendapat  yang mengatakan Taman Tergantung Babylon ini hanya mitos semata-mata.  Tetapi terdapat pengkaji yang mengesahkan bahawa perkara ini memang wujud dan lantaran ini taman ini telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia.
Taman ini dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), cucu kepada Raja Hammurabi yang terkenal pada tahun 600BC. Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates. Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telah pun dijumpai.

Seterusnya saya ingin mengulas tentang sejarah pembinaanya.Hal ini sama dengan kisah pembinaan Taj Mahal yang berdasarkan cinta sejati.Pembinaan Taman Tergantung Babylon juga berdasarkan percintaan, Menurut sesetengah punca, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindu akan kampung halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih.
Oleh sebab itu, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman. Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul “tergantung” seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya “tergantung” tetapi “anjung,” seperti terletak di atas berandah atau suatu teres.

Para Sejarawan Yunan, Diodorus Siculus menggambarkan taman ini ialah lebar taman sepanjang 400 kaki,panjang taman iaitu 400 kaki dan tinggi taman pula 80 kaki.Taman ini juga beralaskan batu bata yang ditutupi aspal dan seramik yang berfungsi menghalang kemasukan air ke dasar tanah yang akan memungkinkan kerosakan terhadap asas taman tersebut.Taman ini juga Di tanam dengan pelbagai pohon-pohon yang sama jenisnya bersaiz besar dan yang menariknya air pula dinaikkan ke taman ini dengan banyaknya dari sungai.

Para sejarawan, Herodotus pula mengungkapkan taman ini terletak di dalam istana yang berlapiskan emas dan panjangnya mencapai  batu.Taman ini sangat lebar sehingga memungkinkan kereta yang ditarik oleh 4 ekor kuda yang boleh berputar balik.
Terdapat kuil-kuil pemujaan yang dihuni oleh patung dewa yang diperbuat dari emas.
Taman ini dibuat bertingkat-tingkat, lebih tinggi dari bangunan lain yang ada di kota Babylon sehingga menimbulkan ilusi ‟ tergantung di udara”
Manakala, ahli geografi Yunani, Strabo memperihalkan taman ini seperti Taman ini berbentuk segi empat sama "quadrangular" dan mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak
Bukit buatan ini subur menghijau memberi satu kelainan berbanding keadaan persekitarannya yang tandus.

Malangnya kewujudannya masih misteri dan masih tetap diperkatakan oleh umum. Saya rasa inilah satu perkara yang semua orang ingin mengkaji tentang kesahihan kewujudan Taman Tergantung Babylon ini.

No comments:

Post a Comment